Jam loceng berbunyi. Jam menunjukkan pukul 2pagi. Subhanallah, aku terlelap sebentar tadi. Cepat2 aku mencari telefon bimbitku di tengah2 kekalutan sleeping bag dan comforter. Risau sekiranya ada mesej atau miss call yang urgent.
Di suatu sudut dalam bilik, kulihat teman seperjuanganku terlena di depan komputer. Rasa kesal tidak dapat menunaikan hak kepadanya. Diriku terlena sebelum dia sempat pulang ke rumah malam tadi. Aku mengerti sudah tentu temanku ini hendak menceritakan kepadaku beberapa perkara mlm tadi. Aku melihat dirinya dengan penuh kecintaan dan kesayuan.
Sungguh, banyak yang telah kami tempuh sama2 tahun ni. Tiba2 hatiku terdetik..
Mampukah kami bertemu di jannah nanti?
Hanya masa bisa menentukan. Tiba2 fikiranku melayang ke sesi diskusiku siang tadi. Dengan permata-permata hatiku. Sungguh betapa ku rindu kepada mereka. Semuanya sibuk menunaikan hak masing2 kepada bahagian mereka di dunia. Termasuk diriku sendiri. Kuingat setiap kali ku buka pintu tadi, seorang demi seorang permata hatiku muncul di hadapanku. Saat2 yg dihabiskan bersama mereka selepas itu, membuat hatiku penuh bahagia.
Inilah syurgaku di dunia..
Diriku terus bangun dan hemah diri, utk bertemu kekasihKu sebentar lagi. Terngiang2 di telinga ayat-ayat permulaan surah Muzammil.
Setelah menunaikan hak kepada Kekasihku, tiba pula giliran untukku menunaikan hak kepada tanggungjawabku di dunia. Kuterus membuka laptop ku, menyediakan mentalku utk menghadapi beberapa jam yang penuh fokus.
Sebelum memulakan pengembaraan mindaku, hatiku terdetik untuk cek emel. Nampaknya ada beberapa emel baru. Hatiku melonjak kegembiraan apb mendapati salah satunya dari permata hatiku. Aku cepat2 membuka emel tu dahulu. Ku baca emel tu dengan penuh keharuan.
Assalammualaikum wbt ummi..
Yang ini dariku..
Duhai ummi ummiku sayang
Luluh hatiku mendengar bicaramu
Namun kini ku juga faham
Rasa hatiku di posisimu
Anakmu ini hamba yang hina
Membesar di lembah maksiat penuh kegelapan
Namun kerana rahmat dan sayangNya
Disini ana disisimu bergandingan
Jiwa tersiksa luluh dikelar
Dek karenah dunia menyempitkan dada
Sungguh, anakmu akui jalan ini mencabar
Doakanlah anakmu melangkah gagah terus setia
Duhai ummi ummiku sayang
Dengarlah isi hati anakmu ini yang seorang
Dihadapan Tuhan ku berdiri
Merayu merintih atas dosa nan lalu
Mohon Ilahi memberi kesempatan lagi
Untuk ku menyusun kembali langkah bermulaku
Duhai ummi, kini ku cuba hindari rehat
Segala luka, pada Allah ku carikan penawarnya
Kerana hati di dalam jiwa ini telahpun nekad
Jalan ini adalah nyawa
Doakanlah ummi, tika malaikul maut menjemput diri
Anakmu masih disini, teguh di jalan ini
Moga terbang tinggi rohku mewangi
Anakmu pergi bergelar syahid Ilahi
Amin..
Sungguh, bait-bait pantun hanyalah sekadar kata kosong jika tidak dikota..
seperti debu2 yang beterbangan..
Jadilah saksi wahai ummi, janji ku denganNya
ku jual hayatku untuk redha Ilahi
Belum sempat diriku habis membaca warkah itu, air mataku bercucuran. Permata2 hatiku.. hanya Allah swt sahaja yang tahu kecintaanku kepada mereka. Merekalah jantungku di bumi Australia ini.
Inilah syurgaku di dunia..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment