Saturday, October 27, 2007

Keluarga

Salamun 'alaik

Di kala tak boleh nak study ni, ana terasa nak blogging..rasanya tak pernah post ape2 kat blog ni.

Maafkan diriku yg tak pandai berkata2
Maafkan diriku yg tak pandai berkarya
Maafkan diriku yg sangat pandai beralasan..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..sgt byk pemberian Allah (pemberian atas pemberian yg tak pernah henti) lately ni. Semuanya antara kita sedar atau tak, kita bersyukur atau tak, kita nak terima atau tak..

Tak sure apa yg ana cuba nak cakap ni..maybe merepek2 je, maybe tak bermanfaat pun, but bear with me please.

Sangat, sangat, sangat, sangat seronok Furqan day out hari ni. It was the first time, I truly feel that I belong, that I fit in. Mungkin dah terlambat, mungkin tak terlambat, maybe takde istilah terlambat pun. It started di pagi hari dgn sesi bermain2 yg disertai angah, alang, teh, anjang(ni ana ke? confuse), andak n bong di bilik bong=ucu=acu(mungkin start lg awal, tp ana baru sedar time tu..heheh). Sesi baling2 teddy bear, sesi ikat mengikat teddy bear, pendek kata teddy bear dizalimi dlm pada kite bergumbira. Kat luar bilik bong aka ucu, acik(betul ke tmc?) tgh mujahadah buat assignment (blissfully ignoring the noise her adik-beradik is making), sambil nyanyi(ku berlari ek?why acik, u have changed!!). Kat bwh, along n ummi tgh bertungkus lumus memasak, kita tak tolong pun..hmm, apa nak jadi budak2 ni. Lepas tu, kita bertolak ke Brighton, dlm kekalutan ribut pasir dan diserang binatang buas, alhamdulillah QC dpt berjalan..and then sesi bergambar...ana tak pandai bercerita, afwan ye. Mmg rasa macam satu family..betul2. I really miss that feeling..whatever it is Allahlah yg mencampakkan rasa ni (8:63), hopefully semuanya disandarkan kpd Dia, dikembalikan kepada Dia. Tapi bile reflect balik, adakah bile kite berhepi-hepian, bermain-mainan baru rasa best, baru rasa mcm family? It shouldn't be that way, it couldn't be that way...I've just realized that as well. Ya Allah, selamatkan aku dan berikanlah aku kekuatan di kala aku keseorangan. Ya Allah, berikanlah aku kecukupan sehingga aku tidak mengharapkan jasa org lain selain Engkau.

Ada terfikir kenapa, kenapa bila second last QC baru Allah campakkan rasa ni. Well, maybe supaya ana lebih appreciate antunna, lebih appreciate nikmat ni, kesempatan ni, maybe inilah yg terbaik, eh tak, mmg inilah yg terbaik, sbb apa yg Allah dah tetapkan tulah yg terbaik.

What saddens me next is the fact that we may not be able to see each other again next year. Maybe ana, andak n bong tak dapat sambung belajar, maybe teh kene kerja kat Malaysia tp for sure ummi akan balik for good. Hopefully ukhuwwah yg ana dapat rasakan (baru dpt rasa) ni berkekalan sampai ke jannah. Sgt2 takut kalau ana tertinggal di belakang or any of us tersangkut..na'uzubillah.. whatever it is, dekat atau jauh, kat malaysia atau melbourne, arden atau niko, henry atau bedford, atau courtney, let our hearts forever be united, under the same aqidah, under the same matlamat. Perpisahan itu menyedihkan, tipulah kalau tak sedih, tp lg menyedihkan perpisahan kat akhirat, terpisah antara syurga jurang dan neraka. We don't want that, do we? So, doakan ana, doakan each other, nothing will save us except our amalan and redha Allah.

Ana mintak maaf sgt2 sbb selalu sakitkan hati antunna, susahkan ummi, risaukan semua org, sgt selfish, for being a real pain...ana rasa sgt2 bersalah, sgt2 malu..semoga Allah melayakkan kite memegang risalah ni, kalau kita tak layak, Allah akan gantikan kita dgn yg lebih layak...mohon sgt2 Allah tak gantikan kita, tak keluarkan kita..tak tahu ape nak ckp dah, byk sgt ckp nanti takut tak ikhlas tp skrg ni tak sure ikhlas ke tak..rasa mcm taknak post je bende ni..takut..

sekali lagi, maafkan ana..uhibbukunna fillah, harap2nya ucapan ni betul2 dari hati and continue to be in my heart : )

Friday, October 26, 2007

berbicara soal kehambaan..

bismillah ar rahman ar rahim as-shakur...


pesanan Imam Badi'uz ZAman Said an-Nursi..

Engkau diciptakan dengan dibekali kelalaian,
kefakiran,
kelemahan
dan
kebutuhan,
agar dengan teropong kelalaianmu
kamu dapat memandang kepada kesempurnaanNya
yang Maha Suci;
dengan ukuran kefakiranmu
kamu dapat memandang kepada darjat kekayaan dan rahmatNya
dan
dengan neraca kelemahanmu,
kamu dapat memandang kepada kebesaran kekuasaan
dan keagunganNya;
dengan melalui pelbagai macam kebutuhanmu,
kamu dapat memandang keanekaragaman nikmat
dan kebaikanNya




Tujuan fitrah kejadianmu adalah untuk menghambakan diri.. (ubudiyah)

Pernyataan penghambaan diri itu ialah
bila engkau menyatakan di depan pintu rahmatNya
akan kelalaianmu dengan ucapan "astaghfirullah"(aku memohon ampun kepada ALLAH)
dan "subhanallah" (Maha Suci ALLAH)

Kamu nyatakan kelemahanmu melalui ucapan "hasbunallah"
(cukuplah ALLAH sbg penolong kami)
"alhamdulillah "(segala puji bagi ALLAH)
dan dengan meminta kepadaNya

Kamu nyatakan kelemahanmu melalui ucapan
"la haula wala quwwata illa billah"
(tiada daya untuk menghindar maksiat dan
tiada daya untuk beribadah kecuali dgn pertolongan ALLAH)
dan ucapan "Allahu akbar" seraya memohon bantuan kepadaNya

melalui tingkatan penghambaanmu,
tampaklah keindahan kekuasaanNya sebagai Rabbmu..

(ar-raqaiq, bab Tasbih yang mengukuhkan kekuasaan, p21-22)


Allahua'lam..



Ya Rabbana, kukuhkanlah hati2 ini
untuk terus beramal keranaMu

..bantulah kami untuk mengikhlaskan hati padaMu ya ALLAH..

untukMu jiwa-jiwa kami..22:78

Saturday, September 22, 2007

Salam Ramadhan yang penuh berkah dan sakeenah

Maksud hadith: "janganlah kamu memandang ringan sebuah kebaikan walaupun hanya memaniskan muka semasa menemui sahabatmu"

Wahai akhawat, jadilah seorang daie, seorang sahabat, seorang ketua, seorang manusia yang mudah didekati. Telah lupakah kita pada cantiknya wajah Rasul junjungan kita yang sentiasa menyenangkan hati para sahabat baginda. Telah lupakah kita pada kisah bilamana baginda akan mendekatkan telinganya kepada sahabat yang ingin berkata-kata sehingga sahabat itu langsung mengangkat kembali kepalanya. Telah lupakah kita hakikat setiap sahabat baginda merasakan dialah yang teristimewa di hati Rasul mulia itu lantaran agungnya akhlak baginda terhadap sahabat-sahabatnya.

Kerutan di dahimu bukan wajah taqwa, muncungmu itu bukan wajah zuhud, dari kesugulan itu tidak terpamernya rendah diri. Lapangkanlah dadamu, maniskanlah wajahmu.

~amat besarlah keaiban dan kemurkaan Allah bagi orang yang berkata-kata, tapi dia tidak melakukannya. Bantu ana untuk menolong diri ini~

Thursday, September 13, 2007

A Reminder for myself

::A quote::

“Wahai orang yang memberi pelajaran kepada orang lain,
mulailah dari dirimu sendiri hingga kau berilmu,


Engkau memberi ubat kepada orang sakit hingga baik,
sedangkan kau sendiri berpenyakit;

Maka mulai lah denganmu,
cegahlah dari kelalaian,
jika selesai maka kaulah seorang yang arif bijaksana;

(Pastilah orang akan mengikuti,
jika engkau mengajak dan menjalankan apa yang engkau dakwahkan,
dan menerima semua ajaran-ajaranmu)


Janganlah melarang perbuatan sedangkan engkau sendiri mengerjakannya,
aib besar bagimu jika kau lakukan itu.”

(Part yg grey-ed tu sbb ana kurang setuju sket)

Friday, June 15, 2007

Membetulkan Niat Menuntut Ilmu

Membetulkan Niat Menuntut Ilmu
Oleh : Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin


Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :

“Daripada Ka’ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar RasululLah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn ‘Umar, al-Hakim daripada Jabir bin ‘Abdillah. Al-Hakim mensahehkannya dan disetujui oleh al-Zahabi. Lihat : Al-Mustadrak 1/272, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut.

Tujuan menuntut ilmu agama adalah untuk keluar dari kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kepadanya. Juga untuk menegakkan kebenaran dan membelanya. demikian tugasan dan tanggungjawab taalib al-‘Ilm dan ulama’ (ahl al-‘Ilm). Menuntut ilmu adalah ibadah dan ianya membawa insane muslim ke syurga. Namun ada di kalangan manusia golongan yang ingin bermegah-megah dengan ilmu agamanya, bukan untuk kebenaran tetapi sekadar untuk menaikan diri dan kedudukannya sahaja. Dalam hadith ini disebut tiga niat buruk yang menyebabkan penuntut ilmu agama dihumban ke dalam neraka.

Pertama : Liyujaariya bihi al-‘Ulama’ – iaitu untuk bersaing dengan ulama.

Kata al-Imam Ibn Athir (wafat 606H) : “maksudnya ialah untuk dia bersama ulama di dalam perbahasan dan perdebatan bagi menzahirkan ilmunya kepada orang ramai dengan tujuan riya’ dan sum’ah (inginkan kemasyhuran). (Ibn al-Athir, al-Nihayah fi gharib al-Hadith wa al-Athar, 1/256, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut

Turut berbincang dan berbahas dalam majlis ulama atau dengan para ulama bukanlah satu kesalahan. Apatah lagi jika seseorang itu bernar-benar berkemampuan. Islam menggalakkan kebangkitan ilmu dan generasi intektual yang baru.

Islam mengalu-alukan ijtihad yang baik dan memenuhi tuntutan. Namun yang salah ialah pada niatnya yang ingin menjadikan ilmu sebagai jambatan kesombongan dan ketakburan. Ilmu yang sepatutnya membawa dirinya kepada syukur dan insaf dijadikan sebagai punca sikap bangga diri dan menunjuk-nunjuk.

Kesan niat yang sangat buruk sangat bahaya; orang yang seperti ini hanya mementingkan dirinya sahaja bukan kebenaran fakta. Dia hanya ingin menegakkan hujahnya untuk menaikkan namanya bukan untuk kebenaran yang Allah redhai. Jika dia melihat kebenaran di pihak lain dia akan menolak dan mencari dalih yang baru demi menjaga kemasyhuran namanya. Maka tempat orang seperti ini di dalam neraka.

Kata al-Imam al-Tibi (wafat 743H) : “Maksud hadith ini ialah dia tidak menuntut ilmu kerana Allah, sebaliknya untuk dia berkata kepada para ulama : “aku ini berilmu seperti kamu”, kemudiannya dia takabur dan meninggikan diri pada orang ramai. Ini semuanya (sifat) yang tercela dan azab siksa akan dikenakan kepadanya.” (Al-Tibi, Syarh al-Tibi ‘ala al-Miskah al-Masabih, 1/420, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut.)
Ada erselisihan dalam menentukan kedudukan hadith ini, namun hadith ini mempunyai syahid (pembuktian daripada riwayat lain) yang menjadikannya pada darjah sahih.)

.)
Kedua : Liyumaariya bihi as-Sufahaa’ – untuk bertengkar dengan orang jahil.

Kata Imam al-Munawi (meninggal 1031H) : “Maksudnya ialah untuk dia berhujjah dan bertengkar dengan mereka secara sombong dan membanggakan diri.” (Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/176, cetakan al-Maktabah al-Tijariyah al-kubra, Mesir)

Niat buruk kedua dalam menuntut ilmu agama ialah menuntut ilmu dengan tujuan untuk bertengkar dengan orang yang jahil kerana ingin menunjukkan kehebatannya. Sedangkan antara tujuan ilmu ialah untuk menyelamatkan orang jahil agar menemui kebenaran. Ini kerana akal golongan yang jahil sangat terhad dan memerlukan bimbingan. Namun ada golongan yang menuntut ilmu untuk bertengkar dengan golongan jahil ini dan menunjukkan kehebatannya kepada mereka. Orang jahil yang terhad ilmu dan akalnya pasti menyangka dia hebat. Mungkin hal ini tidak dapat dilakukan di hadapan ulama maka dia mencari ruang di kalangan orang jahil.

Sebenarnya berbahas, atau berhujjah, atau berdebat itu sendiri bukanlah perkara yang terlarang dalam syariat, tetapi ianya mestilah dengan cara yang baik dan membawa kesan yang positif. Bukan untuk kesombongan dan ketakburan tetapi untuk membimbing manusia kembali kepada hidayah. Firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 125 yang bermaksud : “Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan ) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang endkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya tuhan mu Dia lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lebih mengetahui siapa yang mendapat hidayah petunjuk.”

Kata al-Tibi : “Maksud : berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik ialah dengan cara yang terbaik dalam perdebatan, iaitu dengan lunak dan berlemah lembut tanpa bersikap kasar dan keras. Ini kerana golongan yang jahil itu kurang pertimbangannya.” (Al-Tibi, op.cit. 1/420.)

Ketiga : Yasrifa bihi wujuuha an-Naasi ilaihi – agar dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya.

Ini niat buruk yang ketiga iaitu menuntut ilmu agar mendapat habuan, harta dan pangkat. Dia menjadikan pengetahuan agama untuk mencari popularity atau mendapat kedudukan dan jawatan. Menjadikan orang ramai tertarik kepadanya. Orang yang seperti ini sebenarnya bersedia untuk menjual agamanya untuk habuan dunia yang dia buru.

Kesalahannya bukan kerana dia mendapat habuan dunia atau kemasyhuran tetapi niatnya yang memburu dunia dengan mempergunakan agama itu adalah suatu kesalahan.

Jika menjelmanya tiga niat buruk ini dalam jiwa pemegang amanah ilmu maka ilmu tidak lagi menjadi cahaya yang menerangi kegelapan, sebaliknya ilmu akan dijadikan jualan untuk mendapatkan habuan. Oleh itu Nabi s.a.w. menjanjikan tiga niat buruk ini dengan neraka. Dalam hadith yang lain baginda menyebut : maksudnya : “Daripada Abu Hurairah ; Sabda RasululLah s.a.w. : “ Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari redha Allah Azza wa Jalla, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam

Pengajaran Semasa

1- Semua para penuntut ilmu syarak pada zaman ini disemua peringkat hendaklah membersihkan niat asal mereka dalam menuntut ilmu. Jika golongan ilmuan Islam dapat dipulihkan niat mereka agar bersi dan mencari redha Allah s.w.t. pastinya Islam akan terbela dan setiap yang mempermain-mainkannya akan terjawab.

2- Kemunculan individu dan NGO tertentu yang

3- Kelahiran tokoh agama ‘segera’ yang mengajar agama di surau, masjid dan sebagainya tanpa mendalami ilmu-ilmu Islam dan disiplin setiap ilmu adalah berpunca dari niat ingin menzahirkan diri sekalipun mereka tidak layak. Sebahagian mereka sememangnya mempunyai sedikit pengajian agama. Namun niat ingin segera muncul di khalayak ramai menjadikan mereka tergesa-gesa menjadi guru orang ramai sebelum mereka menguasai ilmu. Maka lahir fatwa-fatwa yang menyanggahi kitab Allah dan sunnah RasululLah s.a.w.

4- Orientalis telah memperdayakan umat Islam dalam persoalan niat menuntut ilmu ini. Maka kita dapati pada hari ini ramai yang memiliki sijil agama sehingga ke peringkat kedoktoran falsafah dari dunia barat dengan ‘berguru’ kepada Yahudi dan Kristian. Sikap tidak mementingkan ilmu dan ingin segera memeliki sijil segera dan memperolehi habuan dunia menjadikan sebahagian mereka mengambil jalan pintas dengan berguru kepada musuh-musuh agama dalam bidang agama. Kebanyakan mereka pulang ke dunia Umat Islam dengan membawa pemikiran yang beracun. Secara sedar atau tidak mereka ini hari demi hari hanya menambahkan keraguan jiwa mereka terhadap agama, demikian juga mereka sebarkan kepada umat Islam.

Sebab itu seorang tabi’ besar Muhammad bin Sirin (wafat 110H) menyebut : maksudnya : “Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan as-Sunnah) adalah Deen (agama). Oleh itu perhatikanlah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu.” (riwayat Muslim pada muqaddimah sahihnya)

Bayangkan bagaimana dipelajari aqidah Islamiyyah daripada guru yang kafir yang tidak percayakan Islam, bagaimana dipelajari tafsir daripada guru yang tidak percayakan al-Quran, bagaimana dipelajari hadith daripada guru yang tidak beriman dengan Muhammad sebagai Rasul, bagaimana dipelajari fekah daripada guru yang tidak pernah mengamalkan hukum hakam syarak. Namun hanya kepada Allah kita mengadu betapa ramai anak-anak umat Islam yang mendapat kelulusan agama dengan panduan mereka yang tidak beriman kepada Islam. mereka pulang dengan membawa gelaran-gelaran ilmu, namun sebenarnya sebahagian mereka hanya membawa racun kepada umat Islam.
Riyadh

al-Solihin – lihat Ibn ‘Allan, Dalil al-Falihin, 4/191 cetakan Dar al-Fikr,
Beirut

)
cuba

menjadikan nas-nas agama sebagai sendaan adalah terbit daripada salah satu dari tiga niat di atas. Mereka ini bukan sahaja tidak mencukupi ilmu pengetahuan agamanya sebaliknya mereka gagal membersihkan niat mereka dalam menuntut ilmu syarak atau ketika membaca bahan agama.

Saturday, June 9, 2007

Mengapakah jalan ini pilihanmu?

Pantun yg telah dijual.. :) .. dan telah dibeli.. ;))

kenapa antunna masih tetap

berada pada jalan ini
apakah keyakinan sudah mantap
atau masih ragu-ragu lagi

khabarkanlah pada saat ini
perasaan terpendam dalam jiwa
tidak tertahan rasanya hati
melihat antunna matang dewasa

sedarkah antunna, masa sesungguhnya
tidak menyebelahi bumi australia
hati ini selalu tertanya
bagaimana antunna, di esok masa.

rindu sekiranya dapat melangkah kembali
setelah meninggalkan bumi ozzie
mungkin dalam dua tiga tahun lagi
mampukah mimpi menjadi realiti

khabarkan sekarang, tenangkanlah hati ini
rasa gelisah ummi dan tingginya harapan
mengapa antunna masih di sini
mengapa jalan ini menjadi pilihan

Friday, June 8, 2007

Inilah syurgaku di dunia...

Jam loceng berbunyi. Jam menunjukkan pukul 2pagi. Subhanallah, aku terlelap sebentar tadi. Cepat2 aku mencari telefon bimbitku di tengah2 kekalutan sleeping bag dan comforter. Risau sekiranya ada mesej atau miss call yang urgent.

Di suatu sudut dalam bilik, kulihat teman seperjuanganku terlena di depan komputer. Rasa kesal tidak dapat menunaikan hak kepadanya. Diriku terlena sebelum dia sempat pulang ke rumah malam tadi. Aku mengerti sudah tentu temanku ini hendak menceritakan kepadaku beberapa perkara mlm tadi. Aku melihat dirinya dengan penuh kecintaan dan kesayuan.

Sungguh, banyak yang telah kami tempuh sama2 tahun ni. Tiba2 hatiku terdetik..

Mampukah kami bertemu di jannah nanti?

Hanya masa bisa menentukan. Tiba2 fikiranku melayang ke sesi diskusiku siang tadi. Dengan permata-permata hatiku. Sungguh betapa ku rindu kepada mereka. Semuanya sibuk menunaikan hak masing2 kepada bahagian mereka di dunia. Termasuk diriku sendiri. Kuingat setiap kali ku buka pintu tadi, seorang demi seorang permata hatiku muncul di hadapanku. Saat2 yg dihabiskan bersama mereka selepas itu, membuat hatiku penuh bahagia.

Inilah syurgaku di dunia..

Diriku terus bangun dan hemah diri, utk bertemu kekasihKu sebentar lagi. Terngiang2 di telinga ayat-ayat permulaan surah Muzammil.

Setelah menunaikan hak kepada Kekasihku, tiba pula giliran untukku menunaikan hak kepada tanggungjawabku di dunia. Kuterus membuka laptop ku, menyediakan mentalku utk menghadapi beberapa jam yang penuh fokus.

Sebelum memulakan pengembaraan mindaku, hatiku terdetik untuk cek emel. Nampaknya ada beberapa emel baru. Hatiku melonjak kegembiraan apb mendapati salah satunya dari permata hatiku. Aku cepat2 membuka emel tu dahulu. Ku baca emel tu dengan penuh keharuan.

Assalammualaikum wbt ummi..

Yang ini dariku..

Duhai ummi ummiku sayang
Luluh hatiku mendengar bicaramu
Namun kini ku juga faham
Rasa hatiku di posisimu

Anakmu ini hamba yang hina
Membesar di lembah maksiat penuh kegelapan
Namun kerana rahmat dan sayangNya
Disini ana disisimu bergandingan

Jiwa tersiksa luluh dikelar
Dek karenah dunia menyempitkan dada
Sungguh, anakmu akui jalan ini mencabar
Doakanlah anakmu melangkah gagah terus setia

Duhai ummi ummiku sayang
Dengarlah isi hati anakmu ini yang seorang

Dihadapan Tuhan ku berdiri
Merayu merintih atas dosa nan lalu
Mohon Ilahi memberi kesempatan lagi
Untuk ku menyusun kembali langkah bermulaku

Duhai ummi, kini ku cuba hindari rehat
Segala luka, pada Allah ku carikan penawarnya
Kerana hati di dalam jiwa ini telahpun nekad
Jalan ini adalah nyawa

Doakanlah ummi, tika malaikul maut menjemput diri
Anakmu masih disini, teguh di jalan ini
Moga terbang tinggi rohku mewangi
Anakmu pergi bergelar syahid Ilahi

Amin..

Sungguh, bait-bait pantun hanyalah sekadar kata kosong jika tidak dikota..
seperti debu2 yang beterbangan..
Jadilah saksi wahai ummi, janji ku denganNya

ku jual hayatku untuk redha Ilahi

Belum sempat diriku habis membaca warkah itu, air mataku bercucuran. Permata2 hatiku.. hanya Allah swt sahaja yang tahu kecintaanku kepada mereka. Merekalah jantungku di bumi Australia ini.

Inilah syurgaku di dunia..