Askm wr wbt..
Harini hari rabu. Hari terakhir sekolah hari jumaat ni. Lepas tu swotvac. Jumaat ni masih ada submission, tapi main projects dah lepas. Beberapa minggu ni ramai students duduk kat lab sampai tengah malam menyiapkan projek masing2. Alhamdulillah semua projek2 besar dah berakhir. Ana sekarang kat lab. Jam menunjukkan pukul 845pm. Ana berada di lab ni sejak pukul 430pm tadi. Ada beberapa perkara yg perlu disiapkan.
Ana recall situasi ketika ana menjejakkan kaki ke lab ni pukul 430pm tadi. Sememangnya lab ni tempat ana selalu buat kerja. Senang sikit buat kerja kat lab sebab kalau nak minta pertolongan senang, ramai kawan2 yg selalu stay back kat lab juga. Sebaik sahaja ana masuk lab tadi, ana nampak lecturer subjek Software Project Management ana, Kendall, tgh duduk dgn students berhadapan dgn computer. Students di sekelilingnya semuanya tgh main game. Ana tak sangka pulak dalam lab ni boleh main game jugak rupanya. Lecturer pun mcm menggalakkan aje, sungguhpun tak main sekali. Agaknya dia faham students nak melepaskan tension setelah satu semester tekun(?) dgn studies.
Detik waktu terus berlalu. Semakin lama fenomena main game ni makin merebak ke komputer2 yg bersebelahan. Jam menunjukkan pukul 9pm. Lebih dari separuh students dalam lab ana tgh main game. Entahlah game aper, sound pun tak disilentkan. Agak bingit juga keadaan dalam lab sekarang.
Hmmm, beginilah cara mereka berehat...
Dalam kekalutan yg melanda lab ni.. terdengarlah suara2 orang yang mencela permainan game dengan mengeluarkan kata2 yang kesat, kata2 yg unacceptable oleh seorang daie.. hanya kerana satu game..akhlak boleh digadaikan..
Bagaimanalah mereka boleh dapat kerehatan macam ni?
Ana tidak sabar2 nak menyiapkan kerja ana, supaya ana boleh menghabiskan masa dengan adik2, menghabiskan masa memperbaiki hafazan, menghabiskan masa menolong akhwat memasak ketika mereka tengah sibuk exam, menghabiskan masa dengan akhwat yg tersayang....cepat2lah siap kerja!..supaya boleh keluar lab ni cepat2..!
Rehatkanlah diriku dengan Al Quran, rehatkanlah diriku dengan solat..
Wednesday, May 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment