Wednesday, May 23, 2007

Rehatkanlah diriku..

Askm wr wbt..

Harini hari rabu. Hari terakhir sekolah hari jumaat ni. Lepas tu swotvac. Jumaat ni masih ada submission, tapi main projects dah lepas. Beberapa minggu ni ramai students duduk kat lab sampai tengah malam menyiapkan projek masing2. Alhamdulillah semua projek2 besar dah berakhir. Ana sekarang kat lab. Jam menunjukkan pukul 845pm. Ana berada di lab ni sejak pukul 430pm tadi. Ada beberapa perkara yg perlu disiapkan.

Ana recall situasi ketika ana menjejakkan kaki ke lab ni pukul 430pm tadi. Sememangnya lab ni tempat ana selalu buat kerja. Senang sikit buat kerja kat lab sebab kalau nak minta pertolongan senang, ramai kawan2 yg selalu stay back kat lab juga. Sebaik sahaja ana masuk lab tadi, ana nampak lecturer subjek Software Project Management ana, Kendall, tgh duduk dgn students berhadapan dgn computer. Students di sekelilingnya semuanya tgh main game. Ana tak sangka pulak dalam lab ni boleh main game jugak rupanya. Lecturer pun mcm menggalakkan aje, sungguhpun tak main sekali. Agaknya dia faham students nak melepaskan tension setelah satu semester tekun(?) dgn studies.

Detik waktu terus berlalu. Semakin lama fenomena main game ni makin merebak ke komputer2 yg bersebelahan. Jam menunjukkan pukul 9pm. Lebih dari separuh students dalam lab ana tgh main game. Entahlah game aper, sound pun tak disilentkan. Agak bingit juga keadaan dalam lab sekarang.

Hmmm, beginilah cara mereka berehat...

Dalam kekalutan yg melanda lab ni.. terdengarlah suara2 orang yang mencela permainan game dengan mengeluarkan kata2 yang kesat, kata2 yg unacceptable oleh seorang daie.. hanya kerana satu game..akhlak boleh digadaikan..

Bagaimanalah mereka boleh dapat kerehatan macam ni?

Ana tidak sabar2 nak menyiapkan kerja ana, supaya ana boleh menghabiskan masa dengan adik2, menghabiskan masa memperbaiki hafazan, menghabiskan masa menolong akhwat memasak ketika mereka tengah sibuk exam, menghabiskan masa dengan akhwat yg tersayang....cepat2lah siap kerja!..supaya boleh keluar lab ni cepat2..!

Rehatkanlah diriku dengan Al Quran, rehatkanlah diriku dengan solat..

Kasih ummi..

Askm wr wbt..


Kadangkala kita tertanya-tanya, mengapa seorang ibu susah benar melihat kesalahan anaknya sendiri. Pernah seorang akhwat yg rapat dgn ana yang sudah berkahwin beritahu ana, melalui experiencenya sebagai seorang ibu, tidak kira betapa penyayangnya seorang suami, dia susah sikit hendak melayan/folo up kerenah anak2nya sepanjang masa dari anaknya merengek minta susu, nangis nak tido, dan kerenah2 yang biasa dihadapi oleh anak2 kecil. Mungkin mereka (ayah) boleh layan anak2 masa diorang main2, and kadang kala tidurkan atau bagi makan, tapi bila nak layan 24 hours tu, peranan itu lebih sesuai dipegang oleh seorang wanita. Fitrahnya yang lebih emosional, penyayang, dan penyabar, kadang kala menyebabkan kasih sayang mengatasi segala2nya, even yang kalau anak dia buat perkara2 batil pun boleh overlook.

Teringat kisah Nabi Sulaiman, ketika 2 orang wanita menghampirinya, dan kedua2 orang wanita itu meminta judgement dia ke atas seorang bayi, siapakah emak bayi itu. Nabi Sulaiman menyuruh pengawal memotong anak itu kepada separuh, so setiap seorang dapat separuh tubuh badan bayi itu sebagai tindakan yg paling adil. Ibu sebenar kepada bayi itu akhirnya mengaku kalah dan menyuruh agar bayi itu diberi kepada wanita yg lagi satu. Melalui kepintaran Nabi Sulaiman a.s. masalah tu dapat disetelkan. Terserlahlah soft spot seorang wanita, soft spot seorang ibu.

Peringatan kepada diri ana sendiri..

Dan tegakkanlah neraca timbangan itu dengan adil, dan janganlah kamu mengurangi neraca itu (55:9)